Laman Utama Peta Laman Hubungi Kami Sertai Kami Ruangan Berita English
     > Mengenai Kami > Reputasi dan Perkembangan
 
  Mengenai Kami
  Kursus-kursus
  Kemasukan
  Pembiayaan
  Kemudahan
  Khidmat Pelajar
  Berita
Kemasukan Julai/Ogos 2007
Kemasukan ke program Diploma Kemahiran Malaysia
Program D-041-4 Tahap 4
Program D-041-5 Tahap 5
Program D-120-4 Tahap 4
Permohonan di buka sekarang
> klik atas untuk maklumat
 
 
 
EPC jadi Kolej Bersekutu UNIKL
EPC menyediakan laluan alternatif kepada pelajar-pelajar yang kurang berkelayakan untuk memasuki Universiti Kuala Lumpur untuk program Bachelor
> klik di sini untuk berita
 
 
 
GPMS dan KPEP Berkerjasama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kumpulan Pendidikan Empire Putra menganjurkan siri "Kem Persediaan Peperiksaan" di seluruh negara
> klik di sini untuk berita
 
 
 
Majlis Konvokesyen Empire Putra
Majlis Konvokesyen ke Enam Kumpulan Pendidikan Empire Putra akan dilangsungkan di Putrajaya…
> Klik disini untuk maklumat
   
 
 
 
 
 
     
Reputasi dan Perkembangan
 
     
 

Bermula dengan hanya 7 orang pelajar pada tahun 2002, EPC telah berkembang dengan pesatnya. Reputasi dan standard latihan vokasional cemerlang di EPC telah menarik lebih 1000 orang pelajar dalam pelbagai kursus kemahiran MLVK sejak 4 tahun lepas. EPC telah menstruktur program baru Diploma dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Sistem Komputer (Tahap 4 dan 5) supaya ianya lebih fleksibel – bukan sahaja dari segi masa dan tempat pengajian tetapi juga dalam kurikulumnya.

Pengetua pertama EPC, Puan Sri Profesor Dr. Habibah Mohd Salleh, telah meletakkan asas pengurusan akademik yang berkualiti serta memulakan inisiatif melibatkan ibu-bapa dalam pengajian di EPC. Professor Puan Sri Habibah mempunyai pengalaman mengajar selama 30 tahun di dalam pendidikan dan pernah bertugas Universiti Teknologi MARA (UITM) dan beberapa Universiti dan kolej tempatan lain. Selama 30 tahun didalam bidang pendidikan, Puan Sri Dr Habibah telah menyusun dan melengkapkan beberapa strategi pengajian di UITM diantaranya kursus persediaan bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke negara. Dari asas yang kukuh yang diletakkan oleh Puan Sri Dr. Habibah, pengurusan EPC terus mengekalkan dan memastikan kualiti pembelajaran sentiasa ditahap yang tinggi.

Pada tahun 2004, EPC telah mencipta sejarah apabila dipilih oleh Universiti Malaya (UM) untuk mengambilalih Pusat Bertauliah MVLK universiti tersebut. Kerjasama berterusan di antara EPC dan UM terutama dalam mengawal selia program program EPC menjadikan EPC kolej terulung dalam bidang pendidikan vokasional dan memastikan kursus dikendalikan dengan kualiti pendidikan setaraf dengan UM.

Pada tahun 2006, EPC pula telah mengambilalih MTDC Multimedia Academy, pusat pengajian multimedia terulung yang ditubuhkan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia. Kerjasama EPC dan perbadanan tersebut akan memastikan pembelajaran dan kemudahan sentiasa mengikut perkembangan teknologi terkini.