|
Kolej Vokasional Terulung Empire Putra College adalah
sebuah kolej tertiari vokasional yang dinamik; menyediakan
laluan kerjaya alternatif yang setaraf dengan kelayakan-kelayakan
akademik. Terkenal dengan pendekatan pembelajaran yang
fleksibel dan inovatif, kami mempunyai kerjasama unik
dengan industri-industri berkaitan; bertujuan untuk
memastikan kursus-kursus kami berkualiti, relevan dan
diiktiraf.
Kami adalah sebuah institusi berkampus di persekitaran
luar bandar, dilengkapi dengan kemudahan latihan terkelas
dunia yang memberikan pendedahan praktikal kepada pelajar
dan juga menyumbang kepada pembangunan diri keseluruhannya.
Sebagai salah satu institusi vokasional yang terulung
dan progresif di Malaysia, Empire Putra College berusaha
membangunkan program-program latihan yang dikehendaki
di pasaran yang mana terdapat kekurangan tenaga mahir
samada di Malaysia mahupun di luar negara..
Dengan lebih 30 buah kursus pengajian yang ditawarkan
melalui 5 Pusat Pengajian, kami membuka peluang yang
luas bagi pelajar-pelajar.
| Kelebihan Empire Putra
College : |
- |
Diiktiraf of MLVK
dan Kementerian Pengajian Tinggi. |
- |
Pusat Bertauliah MLVK pertama
menawarkan program Tahap 5. |
- |
Semua program/kursus kemahiran
dikawal selia kualiti oleh Universiti Malaya.
|
- |
Semua Tenaga Pengajar adalah
lulusan sarjana atau sarjana muda dengan sijil
pengajar vokasional. |
- |
Tenaga pengajar yang ramai
dan berstatus tetap di Kolej ini. |
- |
Mempunyai hubungan industri
yang amat rapat. |
- |
Kemudahan pembelajaran yang
lengkap dan lokasi yang kondusif. |
- |
Pembelajaran gaya kampus. |
|