| Sebuah Pusat Pengajian yang baru ditubuhkan
adalah di dalam bidang automotif. Pusat ini dibangunkan
dengan kerjasama syarikat Fasfik (M) Sdn. Bhd., sebuah
syarikat pengendali rantaian bengkel kereta (automotive
workshop chain) yang terbesar di Malaysia yang bercadang
membuka lebih 200 buah bengkel kereta.
Pengajian di Pusat ini akan dikendalikan dengan kaedah
Perantisan (atau Sistem Latihan Dual Nasional). Program-program
yang ditawarkan adalah :-
(i) Fast-Track Apprenticeship in Automotive Technician
(ii) Fast-Track Apprenticeship in Automotive Supervisor
(iii) Intensive Apprenticeship in Automotive Entrepreneurship
Empire Putra College akan bekerjasama dengan institusi-institusi
latihan awam dan swasta yang menawarkan program automotif
bagi mengendalikan latihan teknikal automotif. |