Empire Putra College terletak di Bandar Seri Putra,
sebuah bandar baru yang mempunyai pelbagai jenis perumahan
mengikut citarasa serta kemampuan pelajar. Bandar ini
juga mempunyai semua kemudahan-kemudahan asas seperti
kedai makan, kedai dobi, kedai runcit, kedai gunting
rambut, mekanik motor serta kafe siber.
Unit Perkhidmatan Penginapan membantu pelajar-pelajar
baru dengan memberi kemudahan penginapan secara berkongsi.
Penginapan di bawah Empire Putra College merupakan jenis
apartmen dengan kemudahan seperti surau, kolam renang
serta gimnasium. Walaubagaimanapun penginapan ini hanya
untuk satu semester sahaja.
Unit Perkhidmatan Penginapan akan membantu pelajar-pelajar
senior mendapatkan penginapan sendiri selepas Semester
pertama.
Stesen keretapi Komuter terdekat dengan Bandar Seri
Putra adalah Stesen Bangi. (40 minit dari stesen KL
Sentral). Keratapi Komuter ini adalah setiap 15 minit.
Ada banyak kemudahan teksi dari Stesen ke Empire Putra
College.
|