Permohonan
1. Borang permohonan, yuran pemprosesan, salinan sijil
sijil dan portfolio mesti dihantar ke Unit Kemasukan dan
Rekod mengikut prosedur dan tarikh tutup kemasukan yang
digariskan di bawah ini atau di dalam laman web EPC atau
di dalam buku peraturan EPC
Tarikh Tarikh Permohonan Kemasukan
Sila klik di sini untuk melihat tarikh tarikh
permohonan Kemasukan
Lengkapkan Borang Permohonan
2. Pemohon untuk program-program di EPC mesti melengkapkan
Borang Permohonan yang boleh didapati dari EPC atau
dimuat turun dari laman web EPC.
Gambar dan Salinan Kad Pengenalan
3. Pemohon mesti menyertakan 2 keping gambar bersaiz
pasport dan sesalinan kad pengenalan yang difotokopi
depan belakang diatas kertas A-4. Jangan potong salinan
kad pengenalan kepada saiz yang kecil
Membayar Yuran Pemprosesan
4. Yuran pemprosesan sebanyak RM25.00 mesti disertakan
dengan Borang Permohonan. Borang Permohonan yang diterima
tanpa yuran ini akan ditolak. Pembayaran mestilah dalam
bentuk deraf bank, wang pos atau kiriman wang atas nama
Empire Putra College. Cek peribadi dan wang tunai tidak
diterima.
Salinan-salinan Sijil SPM, SKM atau RPK
5. Pemohon mesti menghantar satu salinan Sijil SPM dan
Sijil SKM yang terkini. Jika sijil SKM belum diterima,
pemohon mesti menghantar sesalinan RPK yang telah disahkan. |